Thursday, July 4, 2013

Perhentian Island Retreat Entry#1 - Day 1

Happy Thursday!
 
Seperti yang semua tahu, Isis minggu lepas pergi bercuti ke Pulau Perhentian for an Island Retreat. Walaupun Isis pergi untuk 4 hari sahaja, tetapi Isis ada banyak sangat cerita yang Isis hendak cerita. So Isis akan update the holiday story into 4 entries! So this will be the first update - Day #1.
 
 ****
 

Kami semua pergi dengan menaiki flight Airasia ke Kuala Terengganu pada hari Khamis. Flight pukul 11.20. Kiteorang bergerak dari rumah Kay pukul 9.05 menaiki taxi ke Terminal LCC. Nasib baik pakcik taxi bawa lahu sikit. sempat la kami check in di Terminal LCC. Even though sebenarnya check-in via mobile or web percuma, tapi kami tetap bayar RM10 seorang untuk manual check in via kiosk - reason being sebab tidak pernah check-in via kiosk machine itu. Jakun kan?! Haha
 



My breakfast in LCCT MarryBrown
SERIOUS TIDAK SEDAP!!!
 

Kay Adam & Hannah Hanim check in
di kiosk Air Asia LCCT

 
 
Bank Rakyat Flight

 

 
Kami bertiga selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud  Kuala Terengganu tepat pada pukul 12.30 tengah hari. Selepas habis uruskan bagasi-bagasi (bunyi macam banyak kan? Tapi pada hakikatnya 2 bagpack sajork yang masuk luggage), all of us straight away to the taxi counter. Masa Kay and Hannah try to get a cab from the counter, Isis keluar kejab nk smoking. Tetibe je Kay keluar dengan bawak kunci – sewa kereta pula! Backpackers sangat kan? Siap sewa kereta bagai! Hahahaha. But at least okay la – senang la kami semua nak merayau sana sini sehari.
 
Lapangan Terbang Sultan Mahmud
Serious cantik gila airport ni!

TAW 4556 - disewa untuk berjalan-jalan
kononnya nk singgah Pasar Payang beli kain utk baju raya.
Tapi NAN ADO singgahnya!

Sebenarnya kami tidaklah terus ke Pulau Perhentian. Kami bertiga spent a day di Kuala Terengganu. Hai esoknya baru lah ke pulau. Di Kuala Terengganu kami menetap di hotel DJ City Point Hotel yang terletak berhampiran dengan Pasar Payang. Selepas selesai check-in dan sebagainya, kami pun terus la keluar meronda.
Location DJ City Point Hotel
really convenient and murah murah!
My view from my room's window
Betul-betul depan Pasar Payang.

Berdasarkan dari nasihat dan saranan pekerja hotel itu, so kiteorg decide la nak ke Mydin Mall. Konon nye shopping mall yg besar di Kuala Terengganu (which happen to be empty – as in NO SHOPS that really suits our taste!). And yang penting – since all three of us langsung tidak familiar dengan jalan di Kuala Terengganu, kami SESAT okay! The best part is, tanya direction dekat seorang abang yang jual satay ikan – end up me & kay both tercengang seribu bahasa and tidak langsung paham apa abang tu cakap.
Kay Adam : Abang, nak tanya. Nak pergi Mydin Mall dari sini macam mana?
Abang Satay Ikan : ooh. Mu teruih. Api sa nu, mu tek kiri. Teruih. Tek kiri mula. Lepaih api sow, api duo, api tiga, api pak mu tek kanan. Teruih mula. Api sow, api duo tek kiri. Jumpo deh.
**Kay Adam & Isis Zakaria ternganga jab**
Kay Adam : Abang,  sekejab okay!!
**Kay Adam berlari ke kereta suruh Hannah Hanim keluar dan bercakap dengan Abang Satay Ikan**
Kay Adam : Okay, abang boleh tolong ulang tak jalan nak ke Mydin Mall tu? Die paham …
**Abang Satay Ikan pun ulang balik direction ke Mydin Mall**
Hannah Hanim : Oh, it is very easy guys. First, we going to go straight along this road. Then …  (explain bukan dalam bahasa melayu tapi English hokay!!)
**Abang Satay Ikan tercenggang**
 

Nampak tak betapa tourist International nye kami di Kuala Terengganu? Hahaha

one of example or billboard only seen in Kuala Terengganu
Landmark Kuala Terengganu


Malam tu, kami malas hendak bergerak jauh, jadi selepas keluar dari Giant & Mydin Mall, terus berhenti di satu foodcourt yang berhampiran. Sekali, mata Isis terpandang satu kain rentang  “MAGGI KETAM”. Orang cakap Maggi Ketam ni yang sedap dekat Kelantan tapi dah alang-alang sampai ke Kuala Terengganu nak juga la rasa. So order satu. Nasib baik order satu – cukup yer makan untuk 3 orang. Ketam die sangat besar gila! Seriously! Tak tipu!!

Maggi Ketam

Satay Ikan

 
 
Next : Perhentian Island Retreat Entry#1 - Day 2

No comments:

Post a Comment