Monday, October 14, 2013

Throwback : Menang Best Supervisor Malaysia in CCAM 2012

Salam Semua!!

Esok kita semua akan menyambut Hari Raya Aidil Adha dan pastinya ramai yang sedang sibuk membuat persiapan akhir untuk beraya.

2 hari yang lepas pada hari Sabtu telah berlangsung CCAM 2013. CCAM bermaksud Contact Centre Award Malaysia diadalan setiap tahun dan diiktiraf oleh Kementerian Sumber Manusia. Tahun ini majlis penganugerahan dilangsung di Sunway Convention Centre. Isis tidak dapat menghadiri anugerah berkenaan kerana Isis berada di Melaka pada waktu itu untuk Perwakilan Wanita Umno (which will be update later)

Tahniah buat centre Isis, Telekom Malaysia Unifi Centre yang telah memenangi GOLD award buat kali kedua berturut-turut. Bukan senang untuk memenangi award apatah lagi untuk menjadi centre nombor satu di seluruh Malaysia. Inikan pula untuk mengekalkan kedudukan setiap tahun.

CCAM sememangnya telah mengubah hidup Isis. Tahun lepas Isis telah memenangi Silver Best Supervisor Malaysia untuk kategori Above 100 seats. Walaupun tempat kedua tetapi sangat berbaloi memandangkan pemenang tempat pertama dari Maybank mempunyai pengalaman sebagai supervisor selama 8 tahun sedangkan Isis hanya berbekalkan pengalaman selama 9 bulan!

Proses untuk ke finalist sememangnya sukar. Ada 3 peringkat yang perlu dilalui dan keputusan hanya lah di umumkan ketika malam Gala Dinner - tahun lepas berlangsung di Hotel Istana. 

Peringkat pertama - semua yang pencalonan dihantar ke sekretariat CCAM oleh majikan. Untuk kategorI supervisor, sebanyak 1500 pencalonan diterima berserta dengan resume dan write-up masing-masing. 
Hanya 75 yang layak ke peringkat kedua. 

Peringkat kedua - 75 orang semi-finalist perlu menghantar video montage mengenai why I should win this award. Mati kutu dan idea nak buat video montage yang menarik perhatian panel jury and sememangnya untuk menonjolkan keunikan personaliti diri masing-masing. 

Peringkat ketiga - daripada 75 orang, hanya 20 sahaja yang layak ke peringkat akhir. Setiap individu /finalist perlu menyediakan satu slide.presentation memgikut format yang telah ditetapkan. Presentation selama 20 minit dihadapan panel jury berserta dengan question & answer session. Panel jury ada 6 orang dan hanya seorang sahaja daripada Malaysia.Yang selebihnya adalah dari Australia, Hongkong, Philippines, indonesia dan Singapore. Kecut perut rasanya nak present di hadapan someone yang bukan nya local. 

But Alhamdulillah masa malam dinner ketika diumumkan - rasa memang nak menangis sebab gembjra sangat-sangat. Memang tidak jangka sebarang kemenangan kerana finalist-finalist lain mempunyai pengalaman yang lebih luas daripada diri Isis sendiri. 

Tetapi sememangnya banyak yang Isis pelajari dari perjalanan dan proses CCAM ini sendiri. Dan setiap skills and ilmu yang dipelajari itu Isis gunakan sepenuhnya di dalam business bersama GLAM. Alhamdulillah berhasil! 


MUA : Valshuq

Award itu sekarang sudah elok diletakkan di dalam bekas kaca di rimah Bonda tercinta. 

We did won big last year. And the history repeats again this year!


Me with the award and certificate. Signature by Datin Seri Rosmah Mansor & Menteri Sumber Manusia.

Congrats to the team. We did it again!! CCAM 2013


No comments:

Post a Comment