Tuesday, July 16, 2013

Apa itu Garam Buluh?

Salam Rabu Semua


Hari ini Isis hendak mengupas mengenai satu mineral yang tidak asing lagi di dalam  hidup kita, iaitu GARAM. Bukan sebarangan garam, tetapi lebih kepada Garam Buluh atau lebig dikenali sebagai Bamboo Salt.
 
 

Apa Bamboo Salt ni?

Di Korea, buluh telah pun digunakan secara tradisional sebagai satu bahan perubatan yang penting. Malah, disana, akar, tunas dan dedaun pohon buluh turut digunakan didalam dunia perubatan tradisional masyarakat tempatan.
 
1,000 tahun dahulu, doctor tradisional dan sami Korea telah memulakan pengunaan garam di dalam bidang perubatan. Garam ini dimasukkan di dalam tunas buluh tebal dan dibakar kayu dari pokok pine. Ketika itu, garam buluh hanya dibakar sebanyak 2 kali sahaja. Garam buluh ini dimula pakai untuk mengubati penyakit dalaman, demam dan juga cirit-birit.



Pembuatan Garam Buluh Moden

Kini, pembuatan garam buluh telah pun diperbaharui dan diperbaiki untuk meningkatkan serta memaksimakan tahap penyembuhan Garam Buluh. Garam dimasukkan kedalam tunas buluh yang telah berusia sekurang-kurangnya 3 tahun dan ditutup kemas dengan mengunakan tanah liat (yellow clay) serta dibakar sebanyak 8 kali secara berterusan di dalam dapur api yang direka khas. Pembakaran garam pada suhu yang amat tinggi seperti ini membolehkan garam untuk menyerap mineral berkhasiat yang bagus untuk kesihatan tubuh badan seperti kuprum, zink, dan zat besi. Selain itu, ia juga turut mampu untuk menghapuskan segala kotoran dan toxic tinggi daripada garam berkenanan yang mampu untuk mendatangkan mudarat kepada tubuh badan manusia.



Perbezaan Garam Biasa dan Garam Buluh

credit to blog CDM Raz

Kesan-kesan utama pengambilan Garam Buluh

 
Testimonial Pengunaan Garam Buluh
 
 



 


No comments:

Post a Comment